Khamis, 27 Oktober 2011

Hampir 10 tahun aku menanggung beban hutang jiranku akibat perasaan percayaku kepada mereka. Peristiwa ini bermula 10 Tahun yang lalu aku sewa rumah bersebelahan  dengan jiranku L, selepas setahun aku berpindah ke rumah sendiri lalu membenarkan L mengguna line telefon atas namaku. Aku yakin dan percaya kepada L. Selepas 2 tahun berlalu aku menerima panggilan drp TM agar membayar bil tertunggak sebanyak RM398.00. Alangkah terkejutnya aku, apabila aku telefon L minta bayaran tertunggak dengan suara sedih L menyatakan mereka kesempitan wang. Aku terpaksa mendahului bayaran dengan wang poketku sendiri. L berjanji akan membayar secara ansuran. Suamiku tidak benarkan aku bayar semua hanya separuh sahaja. Hari ini pihak syarikat kembali mengejarku kerana tidak menjelaskan bayaran bil tertunggak. Aku kembali mengejarn jiranku, seperti 10 tahun yang lalu alasannya serupa........ tetapi aku hairan astro boleh pasang di rumah, kereta baru boleh dibeli tetapi bayaran bil tertunggak tidak boleh dibayar secara ansuran....... Aku benar2 kecewa dengan sikap manusia yang hanya mementingkan diri sendiri..... HARI INI KITA MENYUSAHKAN ORANG LAIN ESOK LUSA PASTI KITA AKAN MERASAINYA PULAK. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR, MELIHAT & MAHA BERKUASA.