Khamis, 14 Julai 2011

SINOPSIS ARTIKEL

PENGINTEGRASIAN KANDUNGAN BAHAN-BAHAN BERASASKAN ICT DALAM P&P BAHASA MELAYU.

Perkembangan pendidikan semasa dan akan datang adalah berfokuskan kepada aplikasi Internet dalam carian dan akses maklumat. Teknologi Internet ini telah membuka
dimensi baru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran kerana keupayaannya
membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan enjin pencari dan enjin
direktori yang efisyen (Sonnenreich, 1998). Selari dengan perkembangan pesat teknologi
Internet, konsep e-Pembelajaran telah diperkenalkan yang kemudiannya telah membuka
dimensi baru dalam pendekatan pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah
Malaysia.
            Secara umumnya, definisi e-Pembelajaran adalah merujuk kepada sebarang pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet)
untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet,
satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media
elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Koran, 2002).
           
Dalam e-Pembelajaran ini, pengajaran boleh disampaikan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) ataupun ‘asynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animalsi, simulasi, audio dan video.

Pendekatan e-Pembelajaran ini adalah berbeza dengan cara pembelajaran tradisional. Ini adalah kerana di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai pendita di atas pentas,
iaitu guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan
ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya
adalah berpusatkan guru. Berlainan pula di dalam e-Pembelajaran, di mana fokus
utamanya adalah pelajar. Pelajar ini perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan
bertanggungjawab untuk pembelajarannya.
Suasana e-Pembelajaran ini akan ‘memaksa’ pelajar memainkan peranan yang lebih aktif di dalam pembelajarannya. Ini adalah kerana pelajar perlu membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha serta inisiatif sendiri. Manakala peranan guru telah berubah daripada seorang pendita kepada seorang fasilitator seperti yang dikatakan dalam kenyataan ini iaitu, “Teachers act as facilitators and guides in this student-centred system. In a sense, technology has propelled this paradigm shift by placing enormous amounts of know-how and know-what easily at our finger tips.” (www.tutuionplaza.com/articles/aintortoelearning.htm)
Objektif

Sabtu, 9 Julai 2011

Jumaat, 8 Julai 2011

"Sesiapa yang melapangkan seorang  muslim dari satu kesusahan dunia nescaya ALLAH melapangkan untuknya satu dari kesusahan diakhirat.
                                         Sesiapa yang memudahkan
seorang yang di dalam kesusahan nescaya ALLAH akan memudahkan
urusannya didunia dan di akhirat."