Khamis, 27 Oktober 2011

Hampir 10 tahun aku menanggung beban hutang jiranku akibat perasaan percayaku kepada mereka. Peristiwa ini bermula 10 Tahun yang lalu aku sewa rumah bersebelahan  dengan jiranku L, selepas setahun aku berpindah ke rumah sendiri lalu membenarkan L mengguna line telefon atas namaku. Aku yakin dan percaya kepada L. Selepas 2 tahun berlalu aku menerima panggilan drp TM agar membayar bil tertunggak sebanyak RM398.00. Alangkah terkejutnya aku, apabila aku telefon L minta bayaran tertunggak dengan suara sedih L menyatakan mereka kesempitan wang. Aku terpaksa mendahului bayaran dengan wang poketku sendiri. L berjanji akan membayar secara ansuran. Suamiku tidak benarkan aku bayar semua hanya separuh sahaja. Hari ini pihak syarikat kembali mengejarku kerana tidak menjelaskan bayaran bil tertunggak. Aku kembali mengejarn jiranku, seperti 10 tahun yang lalu alasannya serupa........ tetapi aku hairan astro boleh pasang di rumah, kereta baru boleh dibeli tetapi bayaran bil tertunggak tidak boleh dibayar secara ansuran....... Aku benar2 kecewa dengan sikap manusia yang hanya mementingkan diri sendiri..... HARI INI KITA MENYUSAHKAN ORANG LAIN ESOK LUSA PASTI KITA AKAN MERASAINYA PULAK. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR, MELIHAT & MAHA BERKUASA.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Ramadhan menguji kesabaran hati

Tahun ini Ramadhan terlalu indah dan mendamaikan. Hari ini cukup 5 hari sudah anak kecilku 6 tahun menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Pelbagai gelagat, kerenah yang cukup menguji kesabarannya belajar berpuasa. Tahniah, Anakku Nor Aimi Ayuni!.

Dugaan Allah

Hari ini anak kedua disahkan patah tangan. Seharian mengerang kesakitan setelah mendapat rawatan cara tradisional di Langgar. Seharian juga anakku tidak dapat mengulangkaji pelajaran untuk UPSR 2011yang akan bermula 13 hingga 15 September 2011. Aku berdoa agar semua urusanku akan dipermudahkan Allah......dan Allah memberi kekuatan kepada anakku.

Khamis, 14 Julai 2011

SINOPSIS ARTIKEL

PENGINTEGRASIAN KANDUNGAN BAHAN-BAHAN BERASASKAN ICT DALAM P&P BAHASA MELAYU.

Perkembangan pendidikan semasa dan akan datang adalah berfokuskan kepada aplikasi Internet dalam carian dan akses maklumat. Teknologi Internet ini telah membuka
dimensi baru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran kerana keupayaannya
membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan enjin pencari dan enjin
direktori yang efisyen (Sonnenreich, 1998). Selari dengan perkembangan pesat teknologi
Internet, konsep e-Pembelajaran telah diperkenalkan yang kemudiannya telah membuka
dimensi baru dalam pendekatan pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah
Malaysia.
            Secara umumnya, definisi e-Pembelajaran adalah merujuk kepada sebarang pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet)
untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet,
satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media
elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Koran, 2002).
           
Dalam e-Pembelajaran ini, pengajaran boleh disampaikan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) ataupun ‘asynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animalsi, simulasi, audio dan video.

Pendekatan e-Pembelajaran ini adalah berbeza dengan cara pembelajaran tradisional. Ini adalah kerana di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai pendita di atas pentas,
iaitu guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan
ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya
adalah berpusatkan guru. Berlainan pula di dalam e-Pembelajaran, di mana fokus
utamanya adalah pelajar. Pelajar ini perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan
bertanggungjawab untuk pembelajarannya.
Suasana e-Pembelajaran ini akan ‘memaksa’ pelajar memainkan peranan yang lebih aktif di dalam pembelajarannya. Ini adalah kerana pelajar perlu membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha serta inisiatif sendiri. Manakala peranan guru telah berubah daripada seorang pendita kepada seorang fasilitator seperti yang dikatakan dalam kenyataan ini iaitu, “Teachers act as facilitators and guides in this student-centred system. In a sense, technology has propelled this paradigm shift by placing enormous amounts of know-how and know-what easily at our finger tips.” (www.tutuionplaza.com/articles/aintortoelearning.htm)
Objektif

Sabtu, 9 Julai 2011

Jumaat, 8 Julai 2011

"Sesiapa yang melapangkan seorang  muslim dari satu kesusahan dunia nescaya ALLAH melapangkan untuknya satu dari kesusahan diakhirat.
                                         Sesiapa yang memudahkan
seorang yang di dalam kesusahan nescaya ALLAH akan memudahkan
urusannya didunia dan di akhirat."