Khamis, 14 Julai 2011

SINOPSIS ARTIKEL

PENGINTEGRASIAN KANDUNGAN BAHAN-BAHAN BERASASKAN ICT DALAM P&P BAHASA MELAYU.

Perkembangan pendidikan semasa dan akan datang adalah berfokuskan kepada aplikasi Internet dalam carian dan akses maklumat. Teknologi Internet ini telah membuka
dimensi baru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran kerana keupayaannya
membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan enjin pencari dan enjin
direktori yang efisyen (Sonnenreich, 1998). Selari dengan perkembangan pesat teknologi
Internet, konsep e-Pembelajaran telah diperkenalkan yang kemudiannya telah membuka
dimensi baru dalam pendekatan pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah
Malaysia.
            Secara umumnya, definisi e-Pembelajaran adalah merujuk kepada sebarang pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet)
untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet,
satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian daripada media
elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Koran, 2002).
           
Dalam e-Pembelajaran ini, pengajaran boleh disampaikan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) ataupun ‘asynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animalsi, simulasi, audio dan video.

Pendekatan e-Pembelajaran ini adalah berbeza dengan cara pembelajaran tradisional. Ini adalah kerana di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai pendita di atas pentas,
iaitu guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan
ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya
adalah berpusatkan guru. Berlainan pula di dalam e-Pembelajaran, di mana fokus
utamanya adalah pelajar. Pelajar ini perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan
bertanggungjawab untuk pembelajarannya.
Suasana e-Pembelajaran ini akan ‘memaksa’ pelajar memainkan peranan yang lebih aktif di dalam pembelajarannya. Ini adalah kerana pelajar perlu membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha serta inisiatif sendiri. Manakala peranan guru telah berubah daripada seorang pendita kepada seorang fasilitator seperti yang dikatakan dalam kenyataan ini iaitu, “Teachers act as facilitators and guides in this student-centred system. In a sense, technology has propelled this paradigm shift by placing enormous amounts of know-how and know-what easily at our finger tips.” (www.tutuionplaza.com/articles/aintortoelearning.htm)
Objektif

16 ulasan:

  1. bagus no e-pembelajaran ni. tp boleh ka anak murid kita work on their own??? klu murid yang mmg excellent mmg baguih kan klu blajar guna e-pembelajaran ni kan...

    BalasPadam
  2. memang bagus e-pembelajaran ni... amat berkesan terhadap pelajar yang memang excellent..

    BalasPadam
  3. E-pembelajaran memang bagus dan berkesan untuk pelajar yang excellent sebab pelajar tersebut mampu untuk work on their own...

    BalasPadam
  4. bagus artikel yang cgu pilih ini. ianya memberi inspirasi kepada saya.

    BalasPadam
  5. ICT menjadikan proses p&p lebih berkesan......

    BalasPadam
  6. Guru sebagai pembimbing.... murid meneroka... satu pembelajaran yang menarik minat murid.

    BalasPadam
  7. e-pembelajaran memang bagus dalam p&p

    BalasPadam
  8. ini membuktikan lagi penggunaan iCT memang semakin pesat di kalangan pelajar dan guru-guru

    BalasPadam
  9. Bagus artikel cikgu.Dok belajar e-pembelajaran ar....pening

    BalasPadam
  10. norulhuda s210511
    Blog cikgu menarik dan kemas

    BalasPadam
  11. Penggunaan ict terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu amat baik bagi memantapkan lagi p&p.

    BalasPadam
  12. Artikel blog cikgu.. memang menarik.. boleh dimanfaatkan apabila kita cuti... boleh minta tolong guru relef pantau saja..

    BalasPadam
  13. setuju..ict dalam p&p mmg sgt2 membantu guru dan murid

    BalasPadam
  14. Strategi dan pendekatan belajar dan mengajar cara ini memang bagus dan menarik minat, dan pendedahan kepada ICT sejak peringkat awal ini sangat membantu pelajar tetapi ada ketikanya kita juga menghadapi masalah dengan prasarana tersebut di sekolah.

    BalasPadam